My Add

Monday 27 February 2012

Pengurusan kes pesara ATM saman perdana menteri 21 Mac

KUALA LUMPUR, ISNIN, 27 Februari, 2012: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 21 Mac untuk pengurusan kes saman seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan enam pemimpin Malaysia berhubung dakwaan melakukan konspirasi, menipu dan menjatuhkan maruah 403 pegawai ATM yang telah bersara.

Hakim Datuk V. T. Singham membuat keputusan itu ketika kes itu didengar di hadapannya hari ini.

Tengku Zainal Abidin Tengku Yusoff, 58, yang berpangkat kapten, memfailkan permohonan tersebut pada 20 Januari lalu dengan mendakwa mewakili 403 pegawai berpangkat Leftenan Muda hingga Jeneral.

Beliau menamakan Kuan Yew serta enam Perdana Menteri Malaysia bermula Tunku Abdul Rahman sehingga Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Setiausaha Negara sebagai defendan.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Menteri Pertahanan bermula era Tun Abdul Razak Hussein sehingga sekarang iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Pertahanan, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Perdana Menteri pertama sehingga keenam dan Ketua Setiausaha Negara telah menipu, melakukan konspirasi dan menyalah guna kuasa mereka untuk menjatuhkan maruah pegawai ATM dengan cara memotong kuantum gaji kor dan elaun pegawai berkenaan dari 1963 sehingga sekarang. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment