My Add

Thursday 16 February 2012

PM temui masyarakat Siam 25 Februari ini

SUNGAI PETANI, RABU, 15 Februari, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan dengan masyarakat Siam sempena Karnival Kasih yang dianjurkan pada 25 Februari ini di pekarangan Wat Nanai, Kampung Tok Set, Pendang dekat sini.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Boon Som Inong berkata, program itu yang julung kali dianjurkan Pusat Khidmatnya dan Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Masyarakat Siam Pendang bertujuan mengeratkan hubungan antara kaum minoriti itu dengan pemimpin negara.

“Lebih 20,000 masyarakat bumiputera Siam dari seluruh negara dijangka menghadiri program tersebut. Melalui program ini kami boleh bertemu di samping mendengar amanat penting yang disampaikan Perdana Menteri berhubung usaha membangunkan taraf sosioekonomi masyarakat Siam Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. = UTUSAN


No comments:

Post a Comment