My Add

Sunday 26 February 2012

Pusat urut umpan pelanggan gadis, video lucah diserbu

Oleh ASSIM HASSAN

HULU LANGAT, SABTU, 25 Februari, 2012: Sebuah pusat urut di Taman Sepakat Indah di sini, bukan sahaja mengumpan pelanggannya dengan gadis-gadis cantik malah turut menyajikan tayangan video lucah sebagai tarikan untuk perkhidmatan seks.

Tindakan itu bagaimanapun terbongkar apabila premis tersebut diserbu sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, serbuan kira-kira pukul 9.30 malam ke atas premis yang berselindung di sebalik perniagaan pusat rawatan kesihatan itu dikatakan mula menawarkan tayangan video lucah sejak sebulan lalu.

Menurutnya, dalam serbuan itu empat wanita yang bekerja sebagai tukang urut dan pekerja seks warga Thailand berusia 32 hingga 45 tahun ditahan.

“Pemeriksaan mendapati kesemua wanita berkenaan menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka dengan bekerja di pusat urut itu.

“Kita turut menahan seorang penjaga premis lelaki tempatan serta dua pelanggan berusia lingkungan 30-an,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Ab. Rashid, siasatan awal pihaknya percaya pusat urut tersebut tidak mempunyai lesen perniagaan dan mula beroperasi kira-kira sebulan lalu dengan menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM150 hingga RM200.

Beliau berkata, pemeriksaan pada premis tersebut turut menemui pelbagai jenis cakera video digital (DVD) lucah yang dipercayai untuk bahan tontonan pelanggan mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment