My Add

Thursday 23 February 2012

'Selesaikan isu doping segera, elak Malaysia dipandang hina'

PUTRAJAYA, RABU, 22 Februari, 2012: Jawatankuasa Siasatan Anti-Doping Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) diminta mempercepatkan siasatan isu doping yang membabitkan atlet 400 meter negara Mohd. Yunus Lasaleh dan Timbalan Presiden kesatuan itu, Datuk Karim Ibrahim.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tindakan tegas dan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka yang didapati bersalah bagi membuktikan bahawa Malaysia serius dalam perkara seumpama itu.

Beliau berkata, tindakan dan hukuman yang dikenakan juga perlu mencerminkan ketelusan Malaysia yang sentiasa bertindak tegas terhadap penggunaan bahan-bahan larangan dalam kalangan atlet negara ini.

"Saya berharap KOM tidak menganggap ia perkara kecil kerana dunia akan melihat Malaysia sebagai negara yang tidak telus dan tidak bertindak tegas kepada soal membasmi penggunaan bahan-bahan yang terlarang dalam kalangan atlet kita,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Mesra Belia 1Felda 1Malaysia di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment