My Add

Friday 3 February 2012

SPR: Denda tidak daftar pemilih boleh dilaksana

KUALA LUMPUR, JUUMAAT, 03 Februari, 2012: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa bukan suatu yang mustahil jika Malaysia melaksanakan undang-undang mendenda mereka yang tidak mendaftar sebagai pemilih atau gagal mengundi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, ia boleh dilaksanakan sekiranya undang-undang tentang pendaftaran pemilih dan mengundi dipinda.

“Cadangan ini boleh dilaksanakan sekiranya undang-undang dipinda,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau mengulas cadangan Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar semalam yang mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan undang-undang baru yang boleh mendenda mereka yang tidak mendaftar dan gagal membuang undi pada pilihan raya.

Menurut Kamaruddin, kaedah itu tidak mustahil dilaksanakan di negara ini kerana sudah ada negara lain termasuk Australia yang menggunakan undang-undang seumpama itu.

Ia ekoran pendedahan oleh Abdul Aziz kelmarin bahawa orang Melayu dikesan paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi daripada keseluruhan 3.7 juta orang yang layak berbuat demikian.

Pendedahan itu berdasarkan kajian oleh SPR yang mendapati bahawa orang Melayu memandang remeh perkara tersebut dengan memberi pelbagai alasan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment