My Add

Monday 27 February 2012

Zamil tidak dilantik ketua KITA

KUALA LUMPUR, AHAD, 26 Februari, 2012: Parti KITA hari ini menafikan bahawa Zamil Ibrahim telah dilantik sebagai ketua parti yang baru menggantikan Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim.

Setiausaha KITA, Masrum Dayat berkata, laporan akhbar yang memetik Zamil Ibrahim sebagai ketua parti baru menggantikan Datuk Zaid Ibrahim adalah satu berita lucu, kenyataan yang bebal dan tidak siuman, silap dan sama sekali tidak berasas.

"Ketua parti ini hanya boleh diganti mengikut perlembagaan dan peraturan parti dan bukan ikut sesuka hati seorang bekas ahli yang dipecat secara sah atau ikut 'syok sendiri'.

"Mesyuarat yang dikatakan diadakan di Kota Bharu pada 25 Februari bukan mesyuarat parti ini. Barangkali ia mesyuarat bekas ahli parti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti pada 17 Februari lepas, dihadiri 25 daripada 30 ahli anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat, telah bersetuju sebulat suara menolak tawaran Zaid untuk mengundur diri. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment