My Add

Saturday 11 February 2012

Tidak sumbing lagi

RAJA Zarith Sofiah Sultan Idris Shah terhibur dengan telatah Nurqaleesya Humaira Maznan sambil diperhatikan oleh ibu bapa bayi itu, Norazila Ahmad dan Maznan Arazemi di Wad Kanak-Kanak, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, semalam.

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD 

JOHOR BAHRU, SABTU.11 Februari, 2012:. - Hati ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak yang dilahirkan tidak sempurna.

Bagi Norazila Ahmad, 23, dan suami, Maznan Arazemi, 27, kecacatan puteri sulung yang diberi nama Nurqaleesya Humaira Maznan yang kini berusia enam bulan diterima dengan hati yang tabah.

Kelahiran bayi yang dilahirkan sumbing itu disambut dengan linangan air mata oleh pasangan suami isteri yang berasal dari Kluang itu.

Namun kini, senyuman Nurqaleesya bertambah manis apabila selamat menjalani pembedahan selama tiga jam di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini baru-baru ini.

"Syukur kepada Allah kerana anak saya berjaya dalam pembedahan mencantumkan bibir dan hidung yang dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar," kata Norazila.

Pasangan suami isteri bersama puteri sulung mereka itu ditemui di wad kanak-kanak HSA ketika menerima kunjungan dan sumbangan daripada Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, semalam.

Menurut Norazila, puteri sulungnya dikesan sumbing apabila menjalani proses imbasan di hospital.

Menurutnya, sebaik sahaja mengetahui HSA mempunyai pakar untuk mencantumkan bibir dan hidung sumbing, mereka menaruh kepercayaan bahawa keadaan Nurqaleesya akan berjaya dipulihkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment