My Add

Saturday 18 February 2012

Tindakan tegas anjur murtad

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH

PENDANG, JUMAAT, 17 Februari, 2012: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menganjurkan kegiatan atau aktiviti yang cuba memurtadkan orang Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penubuhan Jawatankuasa Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah yang memantau pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam baru-baru ini membolehkan tindakan bersifat undang-undang diambil ke atas pihak terbabit.

"Saya juga telah arahkan agar diwujudkan pasukan supaya kita ada kepakaran untuk mengambil tindakan berdasarkan bukti dan mengikut saluran undang-undang negeri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pendang di Masjid Al-Muniroh Kampung Tai di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai laporan sebuah akhbar hari ini berhubung kegiatan pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura apabila menubuhkan kelab itu di laman Facebook bagi meraih sokongan masyarakat.

Jamil Khir berkata, pada masa ini usaha sedang dipergiatkan termasuk mengadakan pemantauan lebih rapi terhadap pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam.

Katanya, usaha itu diharap tidak disalah tafsir kerana ia bertujuan menjaga keharmonian masyarakat dan memastikan akidah orang Islam dipertahankan.

"Semua majlis agama Islam negeri telah bergerak aktif dan proaktif dengan mencari serta bergerak untuk melihat usaha ke arah memurtadkan orang Islam.

"Pendedahan demi pendedahan yang pelbagai juga diberi sebagai peringatan supaya masyarakat tidak terperangkap dengan gejala murtad," katanya. -UTUSAN

No comments:

Post a Comment