My Add

Wednesday 22 February 2012

UMNO sedia berdialog dengan semua NGO, termasuk JATI

SHAH ALAM, RABU, 22 Februari, 2012: UMNO sentiasa membuka ruang dan bersedia untuk berdialog dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) termasuk JATI dalam semua hal terutamanya isu semasa membabitkan kepentingan bangsa dan agama.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata UMNO mengalu-alukan mana-mana sahaja NGO yang mahu berjumpa dengan parti tunjang pemerintah bagi mendapatkan penjelasan atau berbincang tentang sebarang isu semasa ataupun kekeliruan berhubung sesuatu perkara di peringkat kerajaan mahupun parti itu.

"Kita terima sesiapa sahaja, UMNO tidak memilih mana-mana NGO walaupun NGO daripada bangsa lain dalam membincangkan hal-hal bagi kebaikan bersama,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah sempena Program Rapat Umum 1Malaysia bersama Warga Pendidik di sini, hari ini.

Seramai 389 guru daripada sekolah-sekolah Bahagian Kapar hadir pada majlis penerangan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment