My Add

Sunday 5 February 2012

TPM kesal asrama Yayasan Selangor diroboh

SHAH ALAM, AHAD, 05 Februari, 201:  Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL) di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau amat kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan negeri itu yang mengambil tindakan hanya untuk mencari keuntungan.

"Kenapa institusi yang sudah dibangunkan berpuluh tahun mahu diruntuhkan hanya kerana kalau dapat dibangunkan, dapat mencairkan aset dan mendapat untung. Tak dengar pula nak diganti di mana?

"Kerajaan negeri kata nak agih dan pindahkan pelajar masuk ke sekolah lain di bawah Kementerian Pelajaran tapi saya sebagai Menteri Pelajaran tak tahu pun. Maknanya, dia nak lepas tangan," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program TPM Bertemu Warga Pendidik, PIBG dan Pengelola Sekolah Seluruh Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim dan Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment