My Add

Friday 24 February 2012

UMNO Selangor bantu golongan memerlukan

RAJA Ropiah Raja Abdullah (tengah) bersama wakil lima buah rumah anak yatim yang menerima sumbangan UMNO Selangor pada majlis di Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini.

SUNGAI BULOH, KHAMIS, 23 Februari, 2012: UMNO Selangor akan terus komited dan telus dalam menjaga kebajikan serta keperluan rakyat di seluruh negeri tersebut.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Selangor, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah berkata, usaha tersebut akan terus dipertingkatkan agar rakyat setempat tidak ketinggalan dalam arus pemodenan negara.

“UMNO tidak melupakan nasib yang menimpa golongan yang daif terutamanya anak-anak yatim serta golongan kurang upaya.

“Justeru, sumbangan berjumlah RM10,000 setiap satu yang disampaikan kepada lima buah badan kebajikan ini diharap menjadi pendorong kepada mereka untuk terus memajukan diri di masa akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia dekat sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek sumbangan kepada lima buah badan kebajikan sekitar Selangor yang dianjurkan Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras.

Menurut Raja Ropiah, hasil sumbangan tersebut diperoleh daripada hasil kutipan persembahan amal orkestra dari negara China yang dianjurkan baru-baru ini.

“Persembahan tersebut yang dikelolakan oleh Persatuan Tionghua bersama tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjaya mengutip sebanyak RM50,000 dan kami dipertanggungjawabkan untuk memilih lima badan kebajikan yang layak menerima sumbangan tersebut.

“Justeru, UMNO Selangor bersetuju untuk menyampaikan sumbangan ini kepada Persatuan Peniaga Cacat Selangor, Pusat Jagaan Anak Yatim Nur Ikhlas, Rumah Kasih Harmoni, Institut Tahfiz Islam Kota Raja dan Pusat At-Taqwa Putra Perdana,” katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment