My Add

Monday 27 February 2012

Veteran UMNO teruja terima kunjungan Najib

KUALA SELANGOR, AAHAD, 26 Februari, 2012: Seorang ahli UMNO berusia 83 tahun yang menyertai parti iu sejak awal penubuhannya, hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke rumahnya di Batu 6, Kampung Asahan di sini, hari ini. 

Embam Jantan dari cawangan Kampung Asahan di sini berkata, beliau masih setia
sebagai ahli UMNO di cawangan berkenaan sejak parti itu ditubuhkan oleh pengasasnya, Datuk Onn Jaafar.

"Saya memang teruja menerima kunjungan Perdana Menteri yang sempat 
meluangkan masa kira-kira sejam bersama 17 anak, 56 cucu serta 23 cicit saya," 
kata ibu tunggal itu ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini. 

Terdahulu, Najib melawat Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis 
Daerah Sabak Bernam selama kira-kira 20 minit.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan 
UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Dr Mohamad Khir Toyo serta Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah. 

Perdana Menteri menunaikan solat zohor di Masjid Kampung Kuantan. 

Beliau yang melakukan tinjauan susulan ke beberapa daerah di negeri Selangor 
hari ini mengakhiri lawatannya dengan menyertai kira-kira 50,000 penduduk 
tempatan bagi Sambutan Pesta Ponggal di Padang TNB Batu 9, Kapar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment