My Add

Sunday 1 June 2014

Bekas Pengerusi Maybank meninggal dunia

SINGAPURA, AHAD 01 Jun, 2014: Bekas Pengerusi Maybank, Tan Sri Mohamed Basir Ahmad meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada 3.51 pagi ini.

Beliau berusia 75 tahun.

Tokoh perbankan terkenal itu meninggalkan isteri, Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Meteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, seorang anak lelaki Alfian, dua anak perempuan Rohaiza dan Rohaila serta lima cucu.

Menurut Alfian, jenazah Mohamed Basir akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan tengah hari ini.

Beliau berkata, bapanya dimasukkan ke hospital itu pada petang Jumaat.

Sementara itu, ketika dihubungi, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Datuk Husni Zai Yaacob berkata, Mohamed Basir meninggal dunia kerana serangan jantung dan suruhanjaya tinggi itu sedang membuat persiapan untuk membawa pulang jenazah Allahyarham ke Kuala Lumpur.

Mohamed Basir menjadi Pengerusi Maybank selama 16 tahun bermula sebagai pengarah pada 5 Ogos 1993 selepas berkhidmat sebagai penasihat Bank Negara Malaysia sejak 1980.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Maybank pada 9 Oktober 1993. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment