My Add

Monday 23 June 2014

Jangan layan tindakan 'nakal'

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
 
* HISHAMMUDDIN Tun Hussein beramah mesra dengan anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia semasa majlis perasmian 1Veteran 1Malaysia: Jasa Mu Sentiasa Dikenang dan Dihargai di Kluang, Johor, semalam. - BERNAMA
KLUANG, AHAD 22 Jun, 2014: Ahli-ahli UMNO dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan spekulasi dan kerja-kerja nakal pihak tidak bertanggungjawab yang berniat melemahkan parti serta melaga-lagakan pucuk pimpinan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ahli-ahli sebaliknya perlu terus bersatu dan memberi sepenuh sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; parti dan kerajaan.

"Tindakan pihak tersebut membuat pelbagai spekulasi adalah tidak berasas kerana hanya akan mengakibatkan perpaduan yang telah lama dibina dalam parti dan kerajaan pecah.

"Saya nasihatkan semua pihak, jangan kita ikut rentak mereka dan rapatkan barisan serta beri sokongan padu kepada pimpinan yang ada," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis 1Veteran 1Malaysia: Jasa Mu Sentiasa Dikenang dan Dihargai di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian sebagai mengulas spekulasi yang tersebar dalam laman sosial menyatakan beliau akan menyandang jawatan nombor dua dalam parti dan kerajaan.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, semua pihak perlu melihat contoh yang berlaku di Selangor ketika ini berikutan kecelaruan kepemimpinan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berdepan dengan kekalutan dalam partinya.

"Dalam keadaan sekarang ini amat sukar untuk menjadi pemimpin, lihat sahaja apa yang berlaku dalam pemilihan PKR yang haru-biru sehingga meja dan kerusi melayang.

"Bayangkan kalau ini yang berlaku di peringkat Kerajaan Pusat, justeru perkara ini perlu dibendung," tegasnya.

Hishammuddin yakin dengan kematangan pemimpin dan ahli parti dalam menghadapi spekulasi yang dilakukan pihak yang mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) porak peranda itu. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment