My Add

Sunday 22 June 2014

Kerapu gergasi tarikan MISE 2014

 * NIK Mahiran Nik Mat bersama anaknya, Rihana Mohd. Jeffri melihat ikan kerapu gergasi seberat 40 kilogram di Ekspo Makanan Laut Antarabangsa Malaysia (MISE) 2014 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN
KUALA LUMPUR, SABTU 21 Jun, 2014: Ikan kera­pu gergasi seberat 42 kilogram menjadi tarikan utama pengunjung Ekspo Makanan Laut Antarabangsa Malaysia (MISE) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Ikan gergasi tersebut dan pelbagai lagi koleksi ikan air masin dan air tawar dari dalam dan luar negara dipamerkan oleh syarikat pembekal makanan laut global, GST Group dalam ekspo berkenaan.

GST Group merupakan antara pembekal dan pengedar eksport serta import makanan laut utama yang dipelopori di negara ini sejak tahun 1985.

Bermula dengan hanya menjual ikan dari rumah ke rumah, syarikat yang diasaskan oleh Goh Siong Tee kini mempunyai lebih 10,000 kolam ikan yang dibina di Pulau Pangkor dan Pulau Pinang selain mempu­nyai pusat pemprosesan ikan ternakan di Pulau Pinang dan Rawang, Selangor.

Merupakan pengedar utama ke pasar raya besar, restoran dan hotel, GST Group turut memperluaskan pasarannya ke seluruh dunia seperti Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, China, Vietnam, New Zealand dan Australia.

Menurut Eksekutif Pembangunan Perniagaan GST Group, syarikat itu menggunakan platform Persatuan Penternak Ikan Laut Malaysia (MFFAM) sebagai penghubung antara syarikat dan pihak kerajaan dalam mendapatkan pelbagai input berkaitan pengurusan akuakultur.

‘’GST Group telah mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya Anugerah Golden Bull 2012 sebagai antara 100 syarikat perusahaan kecil dan sederhana paling berjaya di negara ini,’’ katanya ketika ditemui pada ekspo itu di sini.

Selain GST Group, terdapat lebih 200 syarikat tempatan dan antarabangsa menyertai ekspo dua hari itu yang bermula semalam.

Ikan kerapu gergasi itu kemudiannya telah dijual kepada pengunjung yang berminat pada harga RM2,100. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment