My Add

Monday 23 June 2014

Lebih 300 umat Islam berkumpul di Istana Kehakiman

PUTRAJAYA, ISNIN 23 Ju, 2014: Lebih 300 umat Islam dari seluruh negara tanpa mengira usia hari ini berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman, di sini bagi memberi sokongan dalam mengekalkan hak eksklusif penggunaan kalimah Allah kepada umat Islam sahaja.

Pada hari ini, Mahkamah Perselutuan akan menyampaikan keputusan sama ada membenarkan atau tidak, Gereja Roman Katolik merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan The Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam versi bahasa Malaysia terbitannya.

Antara NGO yang hadir termasuk Pertubuhan Islam Gabungan Amal (per3) dan pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysa (Perkasa).

Mereka yang berkumpul seawal pukul 7.30 pagi tadi turut membawa kain rentang yang bertulis ‘bersatu demi mempertahankan kalimah’, ‘kalimah Allah hanya hak mutlak umat Islam’ dan juga ‘hidup Islam’.

Disamping menunggu keputusan tersebut mereka yang berkumpul turut mengadakan solat hajat, membaca yasin dan juga bertakbir. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment