My Add

Sunday 22 June 2014

LPT laluan pantas penyeludupan manusia

TEMERLOH, AHAD 22 Jun, 2014: Kemalangan mengorbankan empat warga Myanmar yang diseludup masuk ke negara ini pada 16 Jun lalu didalangi oleh sindiket terancang yang menjadikan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) sebagai laluan pantas penyeludupan dari sempadan negara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Zakaria Ahmad berkata, berdasarkan siasatan lebih ramai warga Myanmar diseludup masuk pada masa kejadian menggunakan kaedah yang sama iaitu kenderaan darat.

"Difahamkan pada pagi itu bukan 10 mangsa yang bergerak (diseludup masuk) malah lebih daripada itu. Bagaimanapun kita tidak boleh memberi pendedahan lanjut.

"Jadi pada masa ini kita masih menyiasat kumpulan yang terlepas dengan kerjasama Bukit Aman dan pelbagai agensi lain," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment