My Add

Saturday 21 June 2014

Nelayan tempatan diancam kemasukan nelayan Vietnam

KOTA BAHARU, SABTU 21 Jun, 2014: Lebih 100 nelayan dan pemilik bot di sini hari ini mengadakan perhimpunan aman bagi membantah tindakan pengusaha operasi bot laut dalam yang menggunakan bot dan awak-awak dari Vietnam sehingga menjejaskan pendapatan nelayan tempatan.

Penggunaan bot dari Vietnam didakwa menjejaskan pendapatan kira-kira 700 nelayan di perairan Kuala Besar di sini dan juga Tumpat.

Ketua nelayan Kota Baharu, Hazhar Mat Sanisah berkata para nelayan Vietnam itu turut mengamalkan kaedah tangkapan yang salah termasuk menggunakan pukat tunda.

"Cara tangkapan yang digunakan itu telah merosakkan unjam-unjam serta bubu nelayan tempatan. Mereka dilihat semakin berani memasuki perairan negara dan ada antara mereka membawa masuk sehingga lima buah bot untuk satu permit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Seorang nelayan Nik Mohd Kamal Hussin, 46, berkata pihak berwajib perlu menangani masalah tersebut kerana ia telah memberi kesan kepada pendapatan beliau dan rakan-rakannya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment