My Add

Sunday 22 June 2014

Penduduk flat dakwa ibu remaja OKU jarang bergaul

SEREMBAN, AHAD 22 Jun, 2014: Beberapa penduduk flat Taman Semarak Nilai, di sini yang masih terkejut dengan penemuan seorang remaja lelaki yang menderita kurus kering di dalam sebuah bilik di flat itu awal pagi semalam mendakwa keluarga mangsa tidak pernah bergaul dengan penduduk setempat.

Pengerusi flat berkenaan, Abdul Razak Nasir berkata, kelibat ibu kepada mangsa yang merupakan orang kurang upaya (OKU) hanya kelihatan pada awal pagi dan lewat malam ketika dia ingin pergi dan pulang dari tempat kerja.

“Selama saya menetap di sini tidak tahu ada OKU tinggal di flat ini. Ibu mangsa juga tidak bergaul dengan penduduk di sini," katanya.

Mangsa keturunan Bajau, Sabah yang berusia 15 tahun diselamatkan oleh pasukan Jabatan Imigresen yang memecah masuk rumah berkenaan semasa melakukan Operasi Bersepadu 6P bagi memburu pendatang asing tanpa izin di kawasan tersebut pada pukul 2.30 pagi semalam. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment