My Add

Monday 23 June 2014

Lokasi baharu pencarian MH370 akan diumum

KUALA LUMPUR 23 Jun - Pengumuman lokasi fasa baharu pencarian pesawat MH370 iaitu di dasar laut akan dibuat selepas mendapat persetujuan tripartie bersama Australia dan China.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pengumuman itu sekali gus dapat menentukan aset yang akan digunakan pada misi mencari dan menyelamat (SAR) berkenaan.
“Malaysia bersama Australia dan China akan menentukan lokasi baharu pencarian pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) 2014 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE42 

No comments:

Post a Comment