My Add

Monday 23 June 2014

SPR sahkan tiada PRK DUN Bukit Assek

PUTRAJAYA, ISNIN, 23 Jun, 2014: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberitahu, tiada pilihan raya kecil untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek ekoran kematian penyandang kerusi itu, Wong Ho Leng pada Sabtu lalu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, ini kerana tempoh matang DUN Sarawak adalah pada 20 Jun lalu manakala tarikh kematian Ho Leng adalah sehari selepas tempoh tersebut (21 Jun).

‎Katanya, sehingga kini SPR masih belum menerima notis kekosongan kerusi Bukit Assek daripada Speaker DUN Sarawak.

‎Ho Leng yang merupakan bekas Pengerusi DAP Sarawak meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam, Sabtu lalu kerana barah otak.

‎Mendiang yang berusia 54 tahun sebelum ini menerima rawatan di Pusat Perubatan Rejang, Sibu dengan bergantung sepenuhnya kepada sistem sokongan hayat. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment