My Add

Saturday, 21 June 2014

100 nelayan terima sumbangan jaket keselamatan

KUANTAN, SABTU 21 Jun, 2014: Seramai 100 orang nelayan yang kurang berkemampuan menerima sumbangan jaket keselamatan daripada Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKhlas) di Masjid Darul Hikmah dekat Tanjung Lumpur hari ini bersempena kedatangan Ramadan.

Program anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM) itu mendapat kerjasama Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dan bantuan disampaikan Naib Presiden Kanan dan Ketua Operasi Keluarga Takaful Ikhlas, Rozhan Yusof.

Para nelayan itu turut menerima wang tunai RM100 dan pek makanan mengandungi barangan keperluan harian termasuk beras, gula, susu, minyak masak dan biskut.

"Program yang diadakan setiap tahun menjelang Ramadan ini tepat pada masanya ketika nelayan kini berdepan dengan kekurangan hasil tangkapan berikutan fenomena El Nino yang melanda dunia ketika ini," kata Rozhan ketika berucap pada program 'Kasih Ramadan' itu.

Pada majlis sama, Takaful Ikhlas turut menyampaikan sumbangan zakat korporat RM20,000 kepada Masjid Darul Hikmah, RM5,000 masing-masing RM5,000 kepada Sekolah Agama Rakyat Kampung Tanjung Lumpur dan Madrasah Diraasatid Deeniyyah Wat Tarbiyah Lil Banat, di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment