My Add

Saturday 21 June 2014

Kerajaan pastikan kebajikan pekerja terbela - Najib

MELAKA, SABTU 21 Jun, 2014: Kerajaan menetapkan tiga agenda bagi memastikan kebajikan pekerja di negara ini terus terbela, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, usaha itu dibuat melalui agenda memantapkan pasaran buruh negara, memperkemas jaringan keselamatan sosial dan mengharmonikan perhubungan perusahaan.

Najib berkata, melalui agenda memantapkan pasaran buruh negara, kerajaan memberi tumpuan terhadap aspek berkaitan hak dan kebajikan warga pekerja termasuk penetapan dasar gaji minimum yang telah dikuatkuasakan pada 1 Jan 2013.

"Meskipun menimbulkan pelbagai reaksi, pertumbuhan guna tenaga lebih tinggi dan pemberhentian pekerja yang lebih rendah telah menggambarkan bahawa kebanyakan syarikat berupaya membuat penyesuaian dengan dasar gaji minimum," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Hari Pekerja 2014 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment