My Add

Monday 2 June 2014

3 maut bangunan runtuh di India

NEW DELHI, ISNIN 02 Jun, 2014: Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban dan 13 lagi cedera, selepas sebuah bangunan tiga tingkat yang dalam proses pembinaan runtuh, di sini hari ini.

Pegawai bomba dan penyelamat, Suresh Kumar berkata, dipercayai kesemua mangsa yang terkorban dalam kejadian yang berlaku di Sadar Bazar, salah satu kawasan perniagaan terbesar di bandar raya ini merupakan buruh binaan.

Agensi berita Trust of India melaporkan, salah seorang daripada mangsa yang cedera kini berada dalam keadaan kritikal.

No comments:

Post a Comment