My Add

Monday 2 June 2014

AS mahu berbincang dengan Taliban

WASHINGTON, ISNIN 02 Jun, 2014: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Chuck Hagel berharap pembebasan Sarjan Bowe Bergdahl, yang berada dalam tahanan Taliban hampir lima tahun semalam, akan menjadi batu loncatan kepada perbincangan secara terus antara pihaknya dengan kumpulan tersebut.

"Saya yakin dan sangat berharap situasi ini akan membuka ruang kepada perbincangan. Saya percaya ia akan membuahkan hasil," jelas Hagel.

Kata Hagel lagi, sebelum ini AS sering mengadakan perbincangan bersama Taliban, sehinggalah hubungan antara mereka menjadi renggang pada tahun 2012. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment