My Add

Sunday 1 June 2014

AirAsia tawar 2.5 juta tempat duduk percuma

KUALA LUMPUR, AHAD 01 Jun, 2014: AirAsia kembali semula dengan promosi 'Tempat Duduk Percuma' apabila menawarkan 2.5 juta tempat untuk tempahan segera bagi tempoh perjalanan dalam separuh pertama 2015.

Promosi itu menawarkan tempat duduk percuma ke destinasi seperti Langkawi, Johor Baharu, Kota Kinabalu, Singapura, Hong Kong, Chennai, Siem Reap, Lombok, Kalibo (Boracay) dan pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa lain, kata syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tempat duduk percuma itu (tidak termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan fi lain yang dikenakan) boleh ditempah dari 2-8 Jun, 2014, bagi tempoh perjalanan dari 5 Jan hingga 31 Julai, 2015.

Tempahan boleh dibuat di www.airasia.com, serta menerusi aplikasi mudah alih AirAsia di iPhone, peranti Android, Blackberry Z10 dan platform telefon Windows. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment