My Add

Sunday 1 June 2014

Najib ucap takziah kepada Rafidah Aziz

KUALA LUMPUR, AHAD 01 Jun, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah kepada bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz, atas pemergian suami beliau, Tan Sri Mohamed Basir Ahmad, awal hari ini.

"Saya telah sampaikan ucapan takziah kepada Tan Sri Rafidah Aziz atas pemergian suami beliau awal pagi tadi. Al-Fatihah," katanya dalam entri akaun Twitter @NajibRazak hari ini.

Allahyarham Mohamed Basir yang juga bekas Pengerusi Maybank, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada jam 3.51 pagi ini.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan tengah hari ini dan dibawa ke Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara untuk disembahyangkan, sebelum dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment