My Add

Monday 2 June 2014

Arab Saudi pula uji Cadbury

 * SEORANG wanita Indonesia membeli coklat di sebuah pasar raya di Jakarta kelmarin, ketika pihak berkuasa negara itu menjalankan ujian ke atas produk Cadbury yang dikhuatiri dicemari DNA babi. - AGENSI
JEDDAH, AHAD 01 Jun, 2014: Jabatan Pemantauan Makanan dan Dadah Arab Saudi (SFDA) melakukan pemeriksaan secara rawak terhadap produk coklat jenama Cadbury di pasaran tempatan susulan kes makanan tersebut dicemari asid deoksiribonukliek (DNA) babi di Malaysia, baru-baru ini.

Arab Saudi menjadi negara kedua selepas Indonesia menjalankan ujian ke atas produk keluaran syarikat Mondelez International itu apabila pemeriksaan berkala yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kewujudan DNA babi dalam produk Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.

Portal berita Arab News yang memetik kenyataan Timbalan Pengerusi Eksekutif SFDA, Dr. Salah al-Maiman berkata, produk Cadbury yang dikilangkan di Malaysia tidak memasuki pasaran Arab Saudi kerana coklat yang dijual di pasaran tempatan diimport dari Mesir dan Britain.

Bagaimanapun katanya, SFDA akan mengambil langkah berjaga-jaga jika keputusan analisis oleh pihak makmal menunjukkan produk berkenaan mengandungi DNA babi.

"Saya meminta semua pelanggan melaporkan kepada pihak berkuasa jika mereka membeli atau terjumpa produk Cadbury Dairy Milk Hazelnut yang mempunyai nombor kod 200813M01HI2 dan tarikh luput 13 November 2014.

"Satu lagi produk adalah Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kod 221013N01RI1 dan tamat tempoh pada 15 Januari 2015," katanya.

Kelmarin, pihak berkuasa Indonesia menguji kandungan produk Cadbury yang dikhuatiri dicemari DNA babi yang dikategorikan sebagai bahan haram mengikut undang-undang Islam.

Keputusan ujian itu bagaimanapun hanya akan diketahui minggu depan. - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment