My Add

Sunday 1 June 2014

AS sahkan rakyatnya lakukan serangan berani mati

 * IMEJ yang disiarkan kumpulan Barisan Al-Nusra menunjukkan wajah Moner yang dipercayai melakukan serangan berani mati di wilayah Idlib pada 25 Mei lalu.- AFP
WASHINGTON, SABTU 31 Mei, 2014: Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) yang berjuang untuk sebuah kumpulan jihad Islam telah melakukan serangan berani mati di wilayah Idlib, Syria.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki berkata kelmarin, identiti lelaki tersebut dikenali sebagai Moner Mohammad Abu-Salha.

Moner dipercayai mendalangi serangan bom dengan menggunakan sebuah trak untuk menyerang askar-askar tentera Presiden Bashar Al-Assad pada Ahad lalu di wilayah tersebut.

Psaki bersetuju, ia merupakan serangan berani mati pertama yang dilakukan oleh seorang warga AS sejak peperangan saudara di Syria bermula pada Mac 2011.

Namun, beliau tidak dapat memberikan perangkaan yang tepat berhubung jumlah rakyat AS yang telah datang ke Syria untuk berjuang menentang askar-askar Bashar.

Akhbar New York Times melaporkan, kira-kira 100 warga AS dipercayai telah pergi ke Syria untuk menyertai golongan penentang untuk menyingkirkan Bashar.

Moner dipercayai menyertai kumpulan Barisan Al-Nusra yang telah diharamkan AS kerana ia dianggap sebagai kumpulan pengganas.

Menurut akhbar New York Times, Moner berumur dalam lingkungan 20-an dan tinggal di negeri Florida.

Dia dipercayai menghabiskan masa selama dua bulan berlatih di sebuah kem latihan di bandar Aleppo.

Ketika melakukan serangan itu, Moner melakukan kunjungan buat kali kedua selepas pulang ke AS lewat tahun lalu.

Seramai 162,000 orang terbunuh dalam peperangan saudara di Syria. - AFP/KOSMO!

No comments:

Post a Comment