My Add

Sunday 1 June 2014

Budak maut jatuh eskalator

Oleh Maszureen Hadzman

 * NURUL Emielda Nadia Sallehudin maut selepas terjatuh dari tingkat tiga ketika menaiki eskalator di pusat beli-belah The Garden, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR, SABTU 31 Mei, 2014: Sememangnya sifat semula jadi seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun seperti Nurul Emielda Nadia Sallehudin suka bermain walau di mana sahaja berada.

Hari ini sempena cuti persekolahan, dia bertambah riang apabila dibawa ibu dan bapanya ke sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

Malangnya, kegembiraan Nurul Emielda Nadia berakhir dengan tragedi apabila dia maut setelah terjatuh dari aras tiga premis berkenaan ketika menaiki sebuah eskalator.

Difahamkan, semasa kejadian pukul 2.20 petang itu, mangsa tersepit pada getah pemegang alat berkenaan lalu cuba melepaskan diri tetapi terjatuh dari eskalator berkenaan lalu terhempas di aras G.

Kejadian di pusat beli-belah The Garden di sini, dipercayai berlaku tanpa disedari ibu dan bapanya serta adik-beradiknya lain yang turut menaiki eskalator itu.

Berikutan itu, Nurul Emielda Nadia maut di tempat kejadian akibat cedera parah di belakang kepala.

Menurut jurucakap polis, ibu bapa mangsa hanya menyedari anak mereka terjatuh apabila terdengar jeritan dan mendapati Nurul Emielda Nadia tiada bersama mereka.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi hari ini berkata, mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut.

Dalam pada itu, bapa mangsa dan ahli keluarga lain yang ditemui di PPUM bagaimana enggan ditemui kerana masih berada dalam keadaan terkejut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment