My Add

Sunday 1 June 2014

Pramugari MasWings maut kenderaan jatuh gaung

KOTA KINABALU, SABTU 31 Mei, 2014: Seorang pramugari anak syarikat Malaysia Airlines (MAS), MASwings Sdn. Bhd. maut apabila pacuan empat roda (4WD) yang dinaikinya terbabas dan terjunam ke dalam sebuah gaung sedalam dua meter di Kilometer 60, Jalan Sandakan-Telupid, dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, Kay Marylyn Madonna Josuie (gambar), 26, yang juga bekas peserta Unduk Ngadau daerah Inanam pada 2006, meninggal dunia setelah hampir empat jam menerima rawatan di Hospital Beluran akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supritendan Fadzil Mohd. Ali berkata, semasa kejadian, mangsa bersama empat saudaranya termasuk seorang bayi lelaki berusia dua bulan, dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan sebelum kenderaan dinaiki hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Kenderaan terbabit melanggar sisi sebuah kereta Proton Wira sebelum terbabas dan terjunam ke dalam gaung di tepi jalan. Berikutan itu, mangsa tercampak keluar daripada kenderaan terbabit dan cedera parah.

“Empat lagi saudaranya bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang dibawa keluar dari gaung tersebut oleh orang awam, dihantar ke Hospital Beluran untuk rawatan.

“Siasatan awal mendapati pemandu 4WD berkenaan bebas daripada pengaruh alkohol dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - UTUDSAN

No comments:

Post a Comment