My Add

Sunday 22 June 2014

China tembak mati 13 penyerang

BEIJING, AHAD 22 Jun, 2014: Polis China, semalam menembak mati 13 orang yang bertindak merempuh bangunan pasukan keselamatan dan cuba melancarkan serangan bom di wilayah Xinjiang yang bergolak di barat laut negara ini.

Kerajaan Tiashan dalam laman webnya melaporkan, serangan itu berlaku di bangunan polis di Kargilik dekat Kashgar, menyebabkan anggota keselamatan bertindak pantas menembak mati kesemua penyerang yang cuba meletupkan bom.

Tiga anggota polis turut cedera dalam insiden berkenaan, menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan penyerang tersebut mempunyai kaitan dengan kumpulan pemisah etnik Islam Uighur yang sering dipersalahkan melancarkan serangan bom untuk memperjuangkan wilayah autonomi. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment