My Add

Sunday, 22 June 2014

Dua individu dipenjara kerana lempar babi ke dalam masjid

LONDON, AHAD 22 Jun, 2014: Dua individu yang melontar babi ke dalam sebuah masjid di Scotland pada Januari tahun lalu, dihukum penjara oleh sebuah mahkamah di sini, semalam.

Douglas Cruikshank, 39, dihukum penjara selama sembilan bulan dan Chelsea Lambie, 18, dipenjara selama 12 bulan di pusat tahanan juvana selepas didapati bersalah mengancam dan mengganggu keselamatan orang lain ekoran serangan tersebut di Masjid Pusat Edinburgh.

Mahkamah turut mendapati kedua-dua lelaki tersebut mempunyai kaitan dengan kumpulan berhaluan kanan, Liga Pertahanan Scotland yang anti-Islam.

"Masyarakat Islam merupakan sebahagian penduduk penting di Scotland dan tindakan sedemikian tidak boleh dilakukan pada zaman moden negara ini," kata pendakwa raya, John Logue selepas hukuman dibacakan. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment