My Add

Sunday 1 June 2014

Ekspo Pengguna Malaysia jadi acara tahunan

KUALA LUMPUR, AHAD 01 Jun, 2014: Penganjuran Ekspo Pengguna Malaysia yang menawarkan pelbagai barangan berkualiti pada harga lebih rendah akan dijadikan acara tahunan mulai tahun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, acara berkenaan akan dianjurkan di negeri-negeri lain secara bergilir.

Beliau membuat pengumuman itu pada sidang akhbar selepas merasmikan Ekspo Pengguna Malaysia 2014 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di sini hari ini.

Ekspo berkenaan yang disertai lebih 200 syarikat dan pasar raya bermula semalam dan berakhir pada 8 Jun ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment