My Add

Sunday 1 June 2014

Polis nafi lewat siasat kehilangan lelaki British

KUANTAN, AHAD 01 Jun, 2014: Polis hari ini menolak dakwaan media elektronik kononnya pasukan itu lambat bertindak dan tidak serius dalam mencari seorang lelaki British yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu selepas pergi ke kawasan Air Terjun Lubuk Teja, Pulau Tioman dekat sini.

Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, dakwaan itu adalah tidak benar kerana pihaknya telah memulakan pencarian sebaik sahaja dimaklumkan oleh seorang kakitangan Projek Penyu Juara di Kampung Juara, Pulau Tioman.

"Polis dimaklumkan oleh kakitangan projek sehari selepas kejadian, itu pun ketika beberapa anggota polis membuat rondakan biasa di sekitar projek itu.

"Operasi mencari dan menyelamat sejurus menerima laporan tersebut," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment