My Add

Sunday 1 June 2014

Empat pencari permata sesat dalam hutan

DUNGUN  AHAD 01 Jun, 2014: Empat sahabat melalui detik mencemaskan ketika mencari batu permata selepas tersesat hampir 12 jam dalam hutan di kawasan Pulau Cakuh 9, Jerangau dekat sini.

Bagaimanapun kesemua lelaki itu Hashim Abu Bakar, 62, Zakaria Mohamad, 56, Hanafi Omar, 57, dan Hazlin Abdul Kadir, 50, berjaya keluar dengan menyusuri tepi sungai kira-kira 7.30 pagi ini.

Sebelum kejadian, empat sahabat terbabit yang berasal dari Kampung Penarik Merchang di Marang dikatakan masuk ke kawasan hutan itu, kira-kira pukul 3 petang semalam untuk mencari batu permata.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah Imran Ismail berkata selepas menyedari mereka tersesat dalam hutan, seorang daripada mangsa menghubungi talian kecemasan 999.

Mangsa bagaimanapun berjaya keluar dari hutan pagi ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment