My Add

Sunday 1 June 2014

Tiga lagi penjara akan miliki sekolah agama

Oleh ROSMIZAN RESDI

MACHANG, AHAD 01 Jun, 2014: Jabatan Penjara berhasrat untuk memperluaskan penubuhan sekolah agama di tiga buah institusi dalam penjara selepas kejayaan pembukaan pertama sekolah itu di Penjara Kluang, Johor tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, pembukaan sekolah agama itu akan melibatkan Penjara Marang (Terengganu), Penor (Pahang) dan Pokok Sena (Kedah) dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pemakaian Pangkat Time Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Koperal dan Sarjan Penjara peringkat Institusi Penjara dan Parol negeri Kelantan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment