My Add

Monday 23 June 2014

Gani didesak cepatkan proses pendakwaan Rayer

KUALA LUMPUR, AHAD 22 Jun, 2014: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail didesak mempercepatkan proses pendakwaan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut di tempat awam dan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 20 Mei lalu.

Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris berkata, penangguhan kes tersebut menimbulkan persoalan malah ada beberapa pihak yang mula beranggapan Abdul Gani bertindak berat sebelah.

Menurut beliau, Abdul Gani tidak boleh memberi alasan kenyataan tersebut hanya dikeluarkan di dalam DUN sebaliknya pemimpin DAP itu telah mengulangi ungkapannnya yang menyebut 'UMNO celaka' dalam ceramahnya di tempat awam semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor bulan lalu.

"Perkasa mendesak pendakwaan disegerakan. Kami mahu Abdul Gani jangan hanya berani bertindak ke atas orang Melayu tetapi kaum lain dibebaskan kerana merekalah punca berlaku provokasi itu.

"Kenapa 15 lelaki yang terkesan dengan kenyataan itu telah didakwa di mahkamah sedangkan orang yang menyebabkan perpecahan dengan kenyataan biadab pula tidak didakwa, adakah ini sengaja dan dirancang?," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment