My Add

Monday 23 June 2014

Ibu remaja OKU direman sehingga Rabu ini

SEREMBAN, AHAD 22 Jun, 2014: Ibu Muhammad Firdaus Dullah, remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati di Flat Taman Semarak dekat sini awal pagi semalam, direman sehingga Rabu ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Abdullah Roning menjelaskan, wanita berusia 40 tahun itu ditahan ketika dipanggil ke balai polis petang semalam untuk memberikan keterangan.

"Siasatan menjurus kepada punca sebenar mengapa kanak-kanak itu diabaikan dan ditinggalkan seorang diri di flat berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Siasatan awal mendapati ibu remaja berkenaan berasal dari Sabah dan telah bercerai dengan bapa mangsa sebelum sekali lagi mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, hasil perkahwinan baharu itu, ibu mangsa mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun.

Abdullah seterusnya berkata, buat masa ini wanita berkenaan ditahan di lokap sehingga kertas siasatan mengenai kes itu selesai. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment