My Add

Monday 2 June 2014

Kastam rampas 424 kotak mercun bernilai RM305,811

 * AZISYacub (dua dari kanan) menunjukkan mercun yang dirampas semasa sidang akhbar di pejabat Kastam Rantau Panjang, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Yatimin Abdullah
PASIR MAS, AHAD 01 Jun, 2014: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 424 kotak mercun pelbagai jenis berjumlah RM305,811, hasil pemeriksaan ke atas sebuah lori yang ditinggalkan di dalam ladang kelapa sawit di Felda Bukit Tandak, Rantau Panjang di sini semalam.

Pengarahnya, Datuk Azis Yacub berkata, serbuan kira-kira pukul 4.45 pagi itu dijalankan hasil maklumat unit risikan dan intipan selama dua jam di kawasan berkenaan.

"Hasil pemeriksaan ke atas lori terbabit, kita telah menemukan sejumlah kotak yang dibalut dengan plastik hitam mengandungi pelbagai jenis mercun.

"Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dilakukan," katanya dalam sidang akhbar di pejabat Kastam Rantau Panjang di sini hari ini.

Azis memberitahu, kesemua mercun tersebut dipercayai disimpan sebagai bekalan stok musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Sindiket ini menggunakan taktik menyimpan mercun di suatu kawasan terlebih dahulu sebelum mengedarkan di beberapa tempat di sekitar Pantai Timur.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 dan jika didapati bersalah, mereka boleh didenda minimum 10 kali kali ganda daripada nilai barangan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment