My Add

Monday 2 June 2014

Kes rogol: Pelajar tingkatan lima ditahan

KOTA BHARU, AHAD 01 Jun, 2014: Seorang pelajar berusia 17 tahun menjadi suspek terbaharu yang ditahan polis setakat ini bagi membantu siasatan berhubung dua pelajar dirogol oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh di sini, 20 Mei lalu.

Jumlah tangkapan itu menjadikan bilangan keseluruhan ditahan setakat ini adalah seramai 15 orang termasuk seorang gadis berusia 17 tahun, sejak Rabu lalu,

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pelajar lelaki dari Kok Lanas, di sini itu ditahan pada pukul 3.45 pagi ini di sebuah rumah di Pulai Chondong, Machang.

"Suspek itu adalah pelajar di salah sebuah sekolah di Kota Bharu. Hasil ujian air kencing terhadapnya mendapati dia negatif dadah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Azham berkata, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, polis kini terus memburu suspek lain dan percaya mereka akan diberkas dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, kira-kira pukul 10 pagi ini, suspek berkenaan telah dibawa ke Mahkamah Kota Bharu bagi mendapatkan permohonan reman ke atasnya.

Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, Rashid Mustafa mengeluarkan perintah tahanan reman selama enam hari terhadap suspek. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment