My Add

Sunday 1 June 2014

Kerajaan setuju bina pagar sepanjang Sungai Golok

JELI, AHAD 01 Jun, 2014: Kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk membina pagar keselamatan di sepanjang Sungai Golok di Kelantan sebagai satu daripada kaedah membanteras aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pagar sepanjang 126 kilometer itu perlu dibina segera walaupun ketika ini kos dan tarikh pembinaannya masih dalam perbincangan.

Beliau berkata perbincangan telah dibuat antara KDN, Unit Pencegah Penyeludupan dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi tujuan itu dengan spesifikasi pembinaannya akan ditentukan JPS.

"Apa pun ia tertakluk kepada Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kewangan untuk menentukan bila pelaksanaannya," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment