My Add

Sunday 1 June 2014

Tukang jahit warga Vietnam dihukum gantung edar dadah

ALOR SETAR, AHAD 01 Jun, 2014: Seorang tukang jahit warga Vietnam dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 3.24 kilogram dadah, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu terhadap Nguyen Thi Thu, 45, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar methamphetamine seberat 3.24 kilogram di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang, Laluan Bas/Pejalan Kaki di Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam dekat sini kira-kira pukul 12.45 tengah hari, 5 Mei 2012.

Pertuduhan terhadap ibu kepada dua orang anak itu dilakukan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment