My Add

Monday 2 June 2014

Kes bunuh Siti Soffea Emelda: Polis ambil sampel gigi, cap jari suspek

PETALING JAYA, isnin 02 Jun, 2014: Polis mengambil cap jari dan sebatang gigi daripada mayat suspek kes pembunuhan kanak-kanak perempuan, Siti Soffea Emelda, untuk pengesahan identiti suspek itu.

Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi, Asisten Supritendan Suhaimi Muhamad berkata, identiti suspek sukar dikenal pasti ekoran keadaan mayatnya yang reput setelah ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran plaza tol Sunway kira-kira 3 petang kelmarin. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment