My Add

Monday 2 June 2014

GST: Penduduk luar bandar nikmati tambahan peruntukan

BARAM, ISNIN 02 Jun, 2014: Peruntukan untuk pembangunan di kawasan luar bandar akan dapat ditambah lagi untuk manfaat penduduk apabila cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan tahun depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, melalui pelaksanaan GST, kerajaan akan dapat meningkatkan lagi hasil pendapatan yang seterusnya akan disalurkan untuk tujuan pembangunan negara khususnya di kawasan luar bandar.

"Apabila hasil kita bertambah, sebahagian besar daripadanya akan digunakan untuk membuat jalan raya luar bandar, sekolah, hospital dan klinik kesihatan," katanya semasa berucap pada majlis sambutan Gawai Dayak di Long Silat, sebuah perkampungan masyarakat Kenyah di sini hari ini.

Perdana Menteri menegaskan, masyarakat luar bandar tidak perlu bimbang dengan dakyah pembangkang yang cuba menghasut mereka untuk menentang pelaksanaan GST.

"Saya memberi jaminan di sini bahawa barang keperluan harian rakyat adalah dikecualikan daripada GST," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment