My Add

Saturday 21 June 2014

Lelaki maut ditembak ketika menunggang motosikal

Oleh ABDUL RAZAK OSMAN

SUNGAI PETANI, SABTU 21 Jun, 2014: Seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal maut setelah terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh dua lelaki di Taman Songket, Jalan Kuala Ketil di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.25 malam itu, mangsa, M. Gurubaran, 23, dari Taman Keladi, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada.

Difahamkan, sebelum kejadian, dua buah motosikal dinaiki empat lelaki mengekori mangsa sebelum dia ditembak tiga das di bahagian dada ketika memasuki kawasan perumahan berkenaan.

Menurut jurucakap polis, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment