My Add

Saturday, 21 June 2014

Syria: Trak meletup, 35 terbunuh

DAMSYIK, SABTU 21 Jun, 2014: Kira-kira 35 orang maut apabila sebuah trak yang sarat dengan bahan letupan meletup kelmarin di sebuah perkampungan yang ditadbir kerajaan di wilayah pusat Syria, Hama, lapor agensi berita tempatan, SANA.

Lebih daripada 50 orang yang lain turut cedera di dalam serangan di Al-Horra, kata SANA. Selain itu, agensi berita tersebut turut menyalahkan kumpulan penentang yang berjuang bagi menjatuhkan Presiden Bashar al-Assad sebagai pelaku serangan tersebut.

"Kumpulan penentang meletupkan sebuah trak yang sarat dengan sejumlah besar bahan letupan, yang dianggarkan seberat tiga tan," kata seorang anggota polis seperti dipetik SANA. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment