My Add

Monday 23 June 2014

Lima pengikut Syiah dipenjara hina bendera

JEDDAH, ISNIN 23 Jun, 2014: Mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman penjara selama tiga hingga enam tahun ke atas lima pengikut Syiah yang didakwa menghina bendera negara ini ketika dalam satu bantahan.

Mereka dijatuhi hukuman atas kesalahan tersebut kerana bertindak menurunkan bendera kebangsaan dalam satu tunjuk perasaan di Wilayah Timur dan menggantikan bendera itu dengan sepanduk Syiah.

Mereka turut didakwa menukar tulisan plak rasmi dalam demonstrasi yang berlaku pada 2011 itu. - AGENSI/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment