My Add

Monday 23 June 2014

John Kerry gesa Mesir beri ruang kebebasan politik

KAHERAH ISNIN 23 Jun, 2014: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry semalam menggesa bekas pemimpin tentera Mesir untuk memberi ruang lebih dalam kebebasan politik ketika negara ini sedang berhadapan dengan tempoh kritikal.

Kerry yang mengadakan lawatan mengejut ke Mesir itu merupakan pegawai tertinggi AS pertama yang menemui Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi selepas beliau memenangi pilihan raya Presiden awal bulan ini.

Dalam lawatan itu juga, Kerry turut memberi perhatian utama terhadap usaha untuk menyelesaikan masalah politik di Iraq selepas kumpulan militan menawan beberapa bandar.

“Ini merupakan tempoh kritikal dalam perubahan di Mesir dengan cabaran yang besar," kata beliau. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment