My Add

Monday 23 June 2014

Pekerja kilang dilepas tuduhan mengedar dadah

ALOR SETAR, ISNIN 23 Jun, 2014: Seorang pekerja kilang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada tuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 2702.3 gram, dua tahun lalu.

Margaret Anak Charles, 29, dari Kuching, Sarawak menangis di dalam kandang tertuduh selepas keputusan itu dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab.

Dalam penghakimannya Mohd. Zaki berkata, beliau membuat keputusan tersebut setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Wanita itu didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 2702.3 gram di Unit Bas/ Jalan Kaki Lorong Pemeriksaan Bas, Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam pada 29 Mei 2012, pukul 12.10 tengah hari.

Pendakwaan terhadap Margaret dilakukan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment